Sunday, December 11, 2011

Gerhana; satu petanda?

Assalamualaikum wbt

Siapa keluar rumah dan mendongak ke dada langit malam 10 Disember lepas? Aku!!! *angkat tangan*. Sejujur-jujurnya itulah pertama kali aku saksikan fenomena gerhana bulan yg menunjukkan kebesaran Allah ini secara live dengan mata kepala aku sendiri. Sebelum ini, tak tahulah kenapa aku tak terpanggil langsung nak lihat sendiri fasa-fasa gerhana. Tengok kat berita je. Jadi pada malam tu, dalam pukul 8 lebih, bulan tidak begitu kelihatan kerana dihalangi pokok dan awan. Dalam pukul 845 pm, bulan sudah bergerak ke atas sedikit. Langit pun sudah clear. Memang dapat tengok bulan dengan jelas dengan mata kasar sahaja. Terang sungguh bulan. Kemudian dalam pukul 9 lebih, bayang-bayang Bumi sudah mula menutupi Bulan. Memang nampak dengan jelas fasa-fasa gerhana yang berlaku. Dalam pukul 10.05 malam, bayang-bayang Bumi dah menutup Bulan sepenuhnya (fasa gerhana penuh). Subhanallah... memang cantik. Warna Bulan seakan-akan jingga kemerahan. Sebelum ini aku fikirkan kalau Bumi sudah menutupi Bulan sepenuhnya, Bulan tak akan kelihatan. Ternyata sangkaan aku meleset. Sambil melihat-lihat ke dada langit, jari-jari aku turut ligat menaip-naip mesej. Sibuk mesej-mesej dengan Fatin dan Tkah pasal gerhana bulan ni.hee... Fatin, Tkah, I know. Kita merenung bulan yang sama walaupun kita jauh berkilometer terpisah. Romantik gitu.keh3... (Romantik tu ayat Fatin ye, aku di sini nak restate apa yg Fatin mesej.haha...)

Dari ruang bilik rumahku, khutbah dari masjid sayup-sayup kedengaran. Sambil menunggu perubahan fasa bulan, aku masuklah rumah. Tak tahu dari mana semangat datang, aku dan kakakku dengan semangatnya nak faham sefaham-fahamnya pasal gerhana bulan. Bukanlah tak tahu langsung pasal fenomena ni. Gerhana bulan maksudnya Bumi terletak di tengah-tengah Sang Suria dan Bulan. Kiranya tahu gak kan.haha... Tapi tu lah. Tahu setakat tu mestilah tak mencukupi. Nak tahu penjelasan lanjut. Maklumlah kali terakhir belajar pasal gerhana semasa Darjah 6. Maka berlakulah diskusi ilmiah antara aku dan dia.haha... poyo giler. So, bukalah YouTube dan fahamkan. Nasib baik semasa itu internet connection tengah laju. Memang sedaplah buka YouTube. Dalam pukul 10.30 malam, aku pun dah tak pantau lagi keadaan bulan dan terus solat Isyak dan Khusuf. Bertuah punya budak. Orang dah siap solat sunat gerhana, aku baru nak solat Isyak.hee... Pastu aku pun sambung tengok Cerekarama. Tak sedih sangat pun cerita tu.hmm...

Memang teruja kan? Tapi kalau kita perasan, sejak akhir-akhir ini, gerhana kerap berlaku. Dalam tahun ini sahaja, kalau tak silap dalam beberapa bulan lepas, gerhana berlaku juga. Manakala gerhana seterusnya diramalkan akan berlaku pada tahun 2014. Pejam celik pejam celik, tahun 2014 berkunjung tiba. Dalam kita merasa keseronokan menyaksikan fenomena alam ini, perlu kita ingat kekerapan berlakunya gerhana adalah petanda kita berada di akhir zaman. Tanda-tanda Qiamat. Bunyinya memang menakutkan tapi itulah kenyataannya.

Semasa zaman Rasulullah SAW, kalau berlaku sahaja gerhana, Nabi akan cepat-cepat menunaikan solat sunat gerhana supaya gerhana itu cepat-cepat berlalu kerana jika Allah mengkehendaki menahan/melanjutkan tempoh gerhana itu ke tempoh Allah arahkan Matahari, Bumi, Bulan bergerak setentang dengan kebiasaan maka huru haralah manusia kerana tertutupnya pintu taubat. (Penjelasan lanjut boleh tanya orang yang lebih pakar ye). Tak salah nak menghayati keindahan gerhana. Kita dapat saksikan sendiri kekuasaan dan kebesaran Allah. Tetapi kita perlu sedar juga makna tersirat di sebalik gerhana itu. Semoga ia dapat memberi peringatan kpd kita. Ya Allah, takutnya apabila memikirkan keadaan kita pd Hari Qiamat nanti. Amal soleh kita ni entah paras manalah agaknya.huhu....

Sebelum mengakhiri entri, teringin hendak berkongsi lirik lagu Hijjaz; Sebelum Terlena. Sebelum hendak tidur dan ketika di pembaringan, dengarlah lagu ni. Kalau korang hayati lirik lagu ni betul-betul, boleh buat bergenang air mata. Lagu ni berentak perlahan (tapi best). Jgn sampai tertidur dan buat peta plak kat bantal tu. Sepatutnya bergenang air mata, ini tidak. Bergenang air liur plak.hehe... Ok ok. Try baca lirik lagu ni;

Sebelum mata terlena
Di buaian malam gelita
Tafakurku di pembaringan
Mengenangkan nasib diri

Yang kerdil lemah dan bersalut dosa
Mampukah ku mengharungi titian sirat nanti
Membawa dosa yang menggunung tinggi
Terkapai ku mencari limpahan hidayahMu

Agar terlerai kesangsian hati ini
Sekadar air mata tak mampu
Membasuhi dosa ini

Sebelum mata terlena
Dengarlah rintihan hati ini
Tuhan beratnya dosaku
Tak daya kupikul sendiri

Hanyalah rahmat dan kasih sayangmu
Yang dapat meringankan hulurkan maghfirahmu
Andainya esok bukan milikku lagi
Dan mata pun ku tak pasti akan terbuka lagi

Sebelum berangkat pergi ke daerah sana
Lepaskan beban ini
Yang mencengkam jiwa dan ragaku

Selimuti diriku
Dengan sutra kasih sayangmu
Agar lena nanti kumimpikan
Syurga yang indah abadi

Pabila ku terjaga
Dapat lagi kurasai
Betapa harumnya
Wangian syurga firdausi.. Oh Ilahi

Di sepertiga malam
Sujudku menghambakan diri
Akan kuteruskan pengabdianku padamu

Memang menusuk kalbu kan lirik lagu ni...

Sekian, wassalam

Imam Hasan al-Basri pernah berkata; Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu. Bukan juga yg paling soleh dlm kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. "Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sedikitlah orang yang akan memberi peringatan"


1 comment:

  1. aku tak dapat tgk gerhana mlm tu..langit gelap nk ribut.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...