Sunday, September 16, 2012

My 2nd SPA Interview - Pegawai Sains Kimia

Assalamualaikum semua...

Khamis lepas aku g lagi temuduga SPA.
Kali ni jawatan Pegawai Sains Kimia.
Memang tak prepare sangat untuk temuduga ni
Walhal dapat surat panggilan sebulan sebelumnya
Tak ubah-ubah. Last minute je perangai.hee...

Mari aku kongsi sedikit antara soalan-soalan yang ditanya
Soalan yang ditanya kat aku dan calon-calon yang lain

1. Perkenalkan diri (dalam BI) - soalan wajib ni

2. Cita-cita. Nak jadi apa sebenarnya.

3. Isu semasa. Isu semasa apa yang menarik minat anda.
Kalau untuk Pegawai Sains ni di bawah MOSTI. Jadi isu semasa yang ada kaitan antaranya isu Lynas.
Kalau korang dapat cakap panjang lebar sal Lynas ni, tak lah penemuduga tanya soalan banyak sangat kan.

4. Bagi mereka yang sedang bekerja, penemuduga akan tanya perihal kerja anda sekarang.
Instrumen apa yang anda guna. Contohnya kalau UV Spektrofotometer, penemuduga biasa tanya teori instrumen tu.
Tanya latar belakang tempat anda bekerja. Company menghasilkan apa.

Ada seorang calon ni, kerja dia sekarang tak sama dengan latar belakang akademik dia. Contoh, dia amek kos Sains Kimia tapi dia bekerja buat programming ke apa ntah. Jadi penemuduga tanya kenapa.

5. Kalau anda ditempatkan di Jabatan Kimia, bahagian mana yang anda rasa sesuai.
Jadi, kena jenguk-jenguklah laman sesawang JKM, tengok bahagian-bahagian yang ada. Tengok mana yang sesuai.

6. Projek Sarjana Muda

Setakat ini, itu sahajalah yang aku tahu.
Sekian....



Selamat Hari Malaysia. 
Hargailah nikmat keamanan yang Allah kurniakan pada negara kita.


6 comments:

  1. andi, ko watpe skg?
    Aku mcm nmpk ko dpn kilang Carotino~
    betulkah??

    ReplyDelete
  2. Diorg ada tnye ek pasal Lynas tu kt ko?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku tak kena tanya. Calon sebelum aku kena tny isu semasa yang menarik bagi anda. Dia jawab la pasal isu Lynas tu

      Delete
  3. andi, da dpt keje gtau la~ gudluck!

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti kalau dah dpt status tetap la eh.hee...
      thank you, fatin.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...