Sunday, November 20, 2011

Cara Paling Mudah utk Jawab Teka SilangKata

Assalamualaikum wbt

Pernah tak masuk teka silangkata? Tak kiralah di suratkhabar, di majalah atau di mana-mana pun. Apa yg menariknya kita berpeluang utk menang hadiah yg best2 dan yg kurang menariknya, soalannya susah-susah. Macam2 istilah yg kita tak pernah guna dlm kehidupan seharian. Sengaja je kan penganjur buat dahi kita berkerut memikirkan jawapan yg tepat.

Sebelum ni, kalau nak masuk teka silangkata, rujukan utama ialah Kamus Dewan. Terima kasihlah kat cikgu BM aku masa kat MRSM dulu yg suruh kami sekelas beli Kamus Dewan. Maka bermulalah tugas mencari jawapan. Kamus Dewan tu dah jadi macam novel, belek satu-satu halaman. Malangnya, semua soalan tak dapat cari sebab byk sangat perkataan dlm kamus tu. Tak larat nak check satu-satu.

Kamus Dewan; "novel"ku

Akhirnya, dengan tak sengaja terlintas di fikiran nak cuba cari Kamus Dewan online. haaa... kan senang kalau online je. Maklumat di hujung jari. Cari punya cari, jumpa pun. Tak sampai setengah jam, siap sudah teka silangkata dan sedia utk dipos. hehe....

posto posto!!

Kamus Dewan online yg awesome Klik di sini


2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...