Wednesday, May 25, 2011

Rutin harian??

Assalamualaikum wbt *jawab salam penuh2 ye, baru dpt pahala pun penuh.hee~~*

Hmm... buat masa skg nie duduk rumah jek.
Antara aktiviti yg menjadi rutin sejak habis belajar nie:

1. Tolong Ummi jaga 2 org budak comel. Qaisara; satu-satunya anak saudara & Faiq; anak kwn akak. Macam2 perasaan bercampur bila jaga diorang nie. Happy sb dpt tgk telatah diorang. Geram pun ada sb sume brg diorang nk main. Bila rampas, melalak je la.hee~~ Sori la ye. Barang yg x sesuai dijadikan alat permainan pasti akan dirampas serta merta.

Korang taw x salah satu cara nak menenangkan hati kte ada
lah dgn memeluk erat budak kecik. Cam Qaisara and Faiq la.hee~~ tetapi mengikut petikan ayat kat bawah ni x semestinya peluk anak2 kecil shj. Yang bukan mahram jgn la kte peluk plak. Bukan dpt ketenangan, dapat dosa adalah.hehe...

"Pelukan hati ke hati kemudian dibawa mengingati Allah SWT mampu melembutkan hati sesiapa sahaja. Peluklah anak-anak kita walaupun mereka sudah dewasa kerana dengan pelukan hati ke hati dan disambung ke Allah SWT, pasti mampu melembutkan hati mereka. Begitu juga dengan suami atau isteri. Peluklah merek
a dan sambungkan hati kita kepada Allah SWT."


faiq dan qaisara.haha..

2. Online jek. Untuk mengukuhkan dan meneruskan ikatan pershbtn yg telah dibina bersama kwn2 utm, mestilah kena jengah2 Facebook dan Twitter.hee~~
Sambil2 tu, cari2 juga kerja kosong kt area dekat2 rumah. Pasir Gudang ke, Plentong ke, Seri Alam ke, Permas Jaya ke. Kena cari yg dekat2 dgn rumah spy xd masalah transportation. Buat masa nie main emel je resume and cover letter tp belum ada balasan pun. Sabo je la...

3. Tidur pun bleh tahan banyaknya.hehe.... Patutnya ikut la Nabi SAW kte,
Rasulullah sedikit tidur, kita sikit-sikit tidur
4. Selain itu; makan, makan dan makan; tengok tv dan apa2 lg la yg rasanya boleh buat kat rumah nie.

Dan semoga aktiviti seharian kita x melaghakan.hee~~ klu rasa dah terlalu melalaikan, baliklah ke pangkal jalan.*pesanan utk diri sendiri yg selalu lalai, lupa dan mcm2 lg*. Allah dah gtaw “Tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk menyembahKu (yaitu mengesaknKu).” (Adz Dzariyat 56). Dah cukup jelas tujuan kte hidup kt dunia nie. Persoalannya skg, sejauh mana kte berusaha ke arah itu. Fikir-fikirkanlah ye Munawarah. Dan bertindak!!




4 comments:

  1. layak dah ni nk jadi mak budak ni..hehe

    ReplyDelete
  2. Elo, kengkawan, blom lg yek. Ak tolong buaikan, tolong men2 sama2, tolong tgk2 kan.itu jek. hehe.. Klu mandikan, basuh pampers, bg susu mkn, mak ak. So ak blom layak lg nk jadi mak.kekeke... tunggu2.lama lg.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...