Salam semuaEntri kali ini teringin pula nak berkongsi tentang salah satu syair Arab yang terkenal dan cukup indah alunannya, sarat dengan kata puji-pujian terhadap rasul junjungan kita.
Qasidah Burdah namanya.
Mungkin ada di antara kita yg sudah tahu apa itu Qasidah Burdah dan mungkin juga ini kali pertama kita mendengarnya.
Bagi diri saya sendiri, saya pernah mendengar Qasidah Burdah ini semasa menghadiri perjumpaan PMI di UTM dulu.
Masa itu, saya memang tak dapat nak ikut sebab tak tahu langsung bait-bait Qasidah Burdah.
Ada pamplet diedarkan tapi tak sampai ke tangan saya.
Jadi, saya dengar sajalah.
Memang sedaplah alunan bacaan Qasidah Burdah itu.
Saya ingatkan itu kali pertama saya mendengarnya. Nampaknya tidak.
Kalau kita perasan lagu background Al-Kulliyyah pun menggunakan Qasidah Burdah ini.
Saya tak perasan mungkin kerana iramanya rancak.
Qasidah Burdah sebenarnya disusun indah oleh seorang penyair Mesir.
Abu Abdillah Muhammad bin Said Al-Busiri.
Biasa kita dengar, setiap lagu yg dibuat oleh penulis lirik dan komposer ada kisah di sebaliknya, kan?
Sama jugalah dgn Qasidah Burdah ini.
Ada cerita tersendiri di sebalik penulisan syair ini.
Apa kisahnya dan keistimewaan membacanya?
Klik sahaja di sini (right click, open link in new tab)
Qasidah ini ada 160 bait keseluruhannya.
Banyak juga penyanyi nasyid yg me"nasyid"kan Qasidah Burdah ini.
Mesut Kurtis, Amar dan ramai lagi.
Kalau kita perasan, ada perbezaan sedikit pada lirik-lirik lagu dalam nasyid mereka ini.
Saya fikir mungkin mereka ambil bait-bait yang berbeza drpd Qasidah Burdah.
Qasidah kan ada 160 bait kesemuanya. Rasanya lah.
(sebelum play video ni, jgn lupa pause dulu lagu background blog. hee..)
Kalau selama ini, kita amalkan Selawat Syifaa dan sebagainya, apa kata selepas ini, cuba amalkan Qasidah Burdah ini juga.
Banyak-banyakkanlah memuji Nabi kita moga-moga kita dpt syafaat Nabi SAW di akhirat nanti. InsyaAllah...
Siapa tak nak kan?
So, apa lagi, carilah qasidah format mp3, download dan masukkan dalam handphone =)
No comments:
Post a Comment